Persediaan diri dalam bekerja

Jam menunjukkan pukul 8.50 am.Aku terpanggil untuk menulis lagi kerana waktu ini di Putrajaya sunyi dan damai sekali.Macam-macam di kotak fikiran ketika ini.Tapi kali ini aku ingin membicarakan apa tindakan yang perlu kita buat sebagai persediaan kita untuk bekerja.
Pertamanya,pasang niat yang betul...ikhlas kerana Allah tanpa ada rasa terpaksa....
Then kita merancang apa yang kita nak buat.buat perancangan strategik..
Pastikan perancangan kita dilaksanakan...
Jika perlu team work,maka buatlah ....kerana amal secara jamaie itu lebih baik natijahnya.
Kita selalunya banyak merancang itu dan ini,tapi x jalan.... kenape err....
Ya,mungkin kita jenis manusia yang hangat2 tahi ayam.
Apakata,pada tahun baru hijrah ini ,kita bina azam baru...berusaha sedaya upaya melaksanakan setiap apa yang kita rancang untuk meningkatkan qualiti kerja dan hasilnya dapat dimanfaatkan bersama oleh orang lain.
Sebagai contoh seorang guru, persiapan diri,minda,fizikal,tenaga dan masa amat diperlukan.Pengorbanan itu sgt dituntut apalagi sebagai warga pendidik.Mereka ini ibarat Mc Giver,semua kerja boleh buat....sebab itu tugas pendidik sgt mulia.jadi buktikanlah .....pendidik ini mulia disisi Tuhan dan disisi manusia.....maka jadilah pekerja yang patuh pada arahan ketua,ada misi dan visi.pekerja yang ada ummm.....Moga anda semua menjadi orang yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Hargai masa.

Tika ini jam tepat pukul 5.16 petang.aku terfikir untuk menulis lagi....dgn tajuk "masa itu emas".Ya..masa sgt penting kerana ia tidak menunggu kita,sebaliknya kita kena uruskan masa sebaik mungkin agar tidak menjadi orang yang rugi.
masa sentiasa berputar tanpa menunggu kita.sekarang pula musim cuti sekolah.anak2 perlu bijak mengagihkan masa agar tidak terbiar sia-sia.jangan asyik main saja,buatlah perkara2 berfaedah.Ibubapa juga hendaklah merancang aktiviti agar anak2 tidak bosan tinggal dirumah,sedang ibubapa sibuk bekerja.Luangkan masa bersama anak2.Biarpun sibuk dgn urusan kerja,gunalah kualiti masa anda untuk anak2 tersayang.
Pendek kata,hargai masa anda kerana masa bisa membuat kita cemerlang dan juga boleh membuat kita mundur........

berfikir sebelum bertindak

Manusia Allah kurniakan aqal .Ini lah perbezaan manusia dengan haiwan.Aqal dapat membezakan mana yang haq(benar) dan yang batil(salah).So sebagai manusia,ciptaan Allah yang paling sempurna berbanding makhluk yang lain,kita seharusnya menggunakan aqal sebaik mungkin dalam apa saja tindakan kita.Kita tidak boleh bertuhankan nafsu kerana biasanya nafsu banyak menjurus kearah yang tidak baik.
Wahai pembaca sekelian.
Peliharalah aqal pemberian Allah ini agar tidak rosak.Jauhi fahaman2 yang menyesatkan atau merosakkan aqidah.elakkan diri dari makan atau minum benda yang memabukkan kerana ia akan menghilangkan kewarasan aqal fikiran.Bila hilang kewarasan aqal fikiran ,maka sama lah kita seperti haiwan...yang tidak beraqal....

Jadi diri sendiri

Setiap orang memiliki kebolehan,potensi dan bakat masing-masing..jadi hendaklah menerima setiap anugerah dan pemberian Allah yang ada pada diri kita dengan penuh kerelaan. Kembangkanlah bakat yang ada supaya mendapat manfaat daripadanya...

Allah berfirman bermaksud:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuatu dengan kesanggupannya..."
surah al-baqarah ayt 286.

Oleh itu,janganlah kita bertaklid secara membabi buta dan terlalu mudah melebur diri ke dalam keperibadian orang lain kerana ia merupakan penguburan hidup2 terhadap bakat yang Alah berikan serta membunuh keinginan dan menghancurkan sistematik terhadap sahsiah terhadap sahsiah penciptaan manusia itu sendiri...

Bermuhasabah terhadap diri sendiri

Buatlah satu catatan muhasabah harian terhadap diri sendiri,catatlah perkara2 negetif yang selalu anda lakukan,and then cari jalaan keluar untuk menghindarinya.Selalunya manusia sering melakukan tiga perkara ini;

1)mensia-siakan waktu
2)membicarakan perkara2 yg tidak berguna
3)memerhatikan masalah yang bersifat remeh.
eg,suka mendengar perkataan org yg menyebar berita yg menakutkan.

Umar AlKhatab pernah berkata "Lakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum orang lain melakukannya terhadap diri anda,timbanglah(amal perbuatan) dirimu sebelum orang lain yang menimbangnya dan bersiap-siaplah kamu(dengan banyak melakukan amal soleh) untuk menyambut datangnya suatu hari saat amal kamu dihisap.."

Salam maal hijrah...

pembuka wadah

bismillahirrahmanirrahim.

salam pembuka bicara.hidup kita sebagai muslim perlu kpd ilmu kerana daripada ilmu maka lahir iman dan takwa kepada Allah.Ilmu sgt penting dlm kita meniti bahtera hidup agar kita tidak mudah diperkotak katikkan oleh orang lain.ilmulah yang menaikkan martabat seseorang disisi Allah s.w.t.

Selain ilmu,amal soleh juga sangat penting kerana ia mencerminkan kita sebagai hamba Allah yang tahu menilai diri dan tahap keimanan kita di sisi Allah.Ilmu dan amal sememangnya tidak boleh dipisahkan.

oleh itu jadilah penuntut ilmu kerana ia dilindungi oleh malaikat.bukan sahaja manusia suka pada orang berilmu tapi malaikah juga suka,ALLAH lagilah suka.

sekian untuk kali ini.sambung lg di lain masa.....