Sambutan Maulidur Rasul s.a.w.

Salam ukhuwah islamiah ......

Hujan sedang turun di luar sana.Pagi tadi sambutan m.nabi diadakan di Masjid Putra dan Masjid besi.Perarakan secara sederhana diadakan .Tahun demi tahun..malah setiap tahun kita menyambutnya.Namun apakah hanya sekadar menyambutnya sahaja??Kita berselawat Nabi beramai-ramai sebagai tanda ingatan kita kepada junjungan yang kita ikuti.Kita mengaku mahu mengikut ajaran Rasulullah serta menghayatinya tetapi sejauh mana penghayatan kita?
Ada orang berkata perarakan ini satu bid'ah.Mungkin ada kebenarannya kerana bid'ah ialah perkara yang diada-adakan sekarang,yang tidak ada pada zaman nabi.Tetapi sebarang perkara yang baik itu tidak salah kita buat kerana banyak manfaatnya serta untuk memartabatkan syiar islam itu sendiri.Ini yang dikatakan bid'ah hasanah.Siapa lagi yang diharapkan untuk menyebarkan syiar Islam,kalau bukan umat Islam sendiri....
Justeru itu sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing untuk mendokong amanah yang ditinggalkan oleh junjungan besar nabi kita Mohammad s.a.w.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain berselawat beramai-ramai.Antaranya ialah ceramah agama,kuiz,pidato,syarahan, nasyid,marhaban dan lain -lain.Apa saja bentuk aktiviti yang mencerminkan Islam....boleh dilakukan sempena memperingati Nabi kita s.a.w.

Jangan bersedih,hadapilah kenyataan.

Saudara/i yang saya kasihi:
Sekian lama saya tidak menulis.Di kesempatan ini saya ingin berbicara seperti tajuk di atas.
Sabda rasulullah s.a.w. bermaksud "Terimalah dengan penoh kerelaan dengan apa yang telah Allah s.w.t. berikan padamu,nescaya kamu menjadi manusia yang paling kaya"
Banyak dugaan yang Allah beri pada kita kan......samada dugaan ditempat kerja,rumahtangga,dlm komuniti masyarakat kita atau pada diri sendiri.
Saranan saya agar kita banyak bersabar kerana setiap ujian Tuhan itu pasti ada hikmahnya.Apa saja yang berlaku,fikirkanlah secara positif.

Kemuliaan itu bukanlah diukur dengan kegagahan dan penampilan.Hidup kekurangan bukanlah bukti bahawa kita hidup sengsara.Begitu juga kebahagiaan tidak dinilai dari banyaknya harta dan hidup dalam kemewahan.
Nilai manusia yang mulia sebenarnya adalah diukur dari kemurahan hati dan sifat terpuji,bukan baju yang dipakainya,atau kasut yang digunakannya dll.Benar......yang menjadi ukuran adalah nilai keilmuannya,kedermawannya,kesabarannya dan aqalnya.
Biasakanlah diri kita untuk menerima qada' dan qadar Allah kerana itulah tanda keimanan kita pada yang Maha Esa.
Ubat yang paling mujarab dari seluruh musibah dan cubaan adalah ucapan:Innalillahiwainna ilaihiraaji'un.
ketahuilah yg Allah itu berkuasa keatas setiap apa yg berlaku.