Sambutan Maulidur Rasul s.a.w.

Salam ukhuwah islamiah ......

Hujan sedang turun di luar sana.Pagi tadi sambutan m.nabi diadakan di Masjid Putra dan Masjid besi.Perarakan secara sederhana diadakan .Tahun demi tahun..malah setiap tahun kita menyambutnya.Namun apakah hanya sekadar menyambutnya sahaja??Kita berselawat Nabi beramai-ramai sebagai tanda ingatan kita kepada junjungan yang kita ikuti.Kita mengaku mahu mengikut ajaran Rasulullah serta menghayatinya tetapi sejauh mana penghayatan kita?
Ada orang berkata perarakan ini satu bid'ah.Mungkin ada kebenarannya kerana bid'ah ialah perkara yang diada-adakan sekarang,yang tidak ada pada zaman nabi.Tetapi sebarang perkara yang baik itu tidak salah kita buat kerana banyak manfaatnya serta untuk memartabatkan syiar islam itu sendiri.Ini yang dikatakan bid'ah hasanah.Siapa lagi yang diharapkan untuk menyebarkan syiar Islam,kalau bukan umat Islam sendiri....
Justeru itu sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing untuk mendokong amanah yang ditinggalkan oleh junjungan besar nabi kita Mohammad s.a.w.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain berselawat beramai-ramai.Antaranya ialah ceramah agama,kuiz,pidato,syarahan, nasyid,marhaban dan lain -lain.Apa saja bentuk aktiviti yang mencerminkan Islam....boleh dilakukan sempena memperingati Nabi kita s.a.w.

0 Response to "Sambutan Maulidur Rasul s.a.w."

Post a Comment