Kecemerlangan mula dari hati

Semua orang punya cita-cita tersendiri.Pada saya,nak mencapai cita-cita tersebut,mesti ada impian terlebih dahulu.Jadi binalah impian,apa saja yang kita mahukan.Dari impian itu,kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk merialisasikannya.


Sebagai contoh,apa saja cita-cita anda,mesti datangnya dari hati nurani.Binalah kecemerlangan diri anda bermula dari hati yang iklas lillahitaala.Tuhan menilai kita pada apa yang kita buat dari niat ikhlas kita. Setiap perbuatan akan dinilai walau sebesar zarah sekalipun. Baik buruk pasti akan mendapat balasan yang setimpal.Tidak di dunia,di akhirat sana..

Apabila hati ikhlas,insyaAllah semua menjadi. Untuk itu,bila kita dah niat dalam diri,kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya dan jangan lupa untuk bertawakal padaNYA sesudah itu. Sama juga kalau kita inginkan sesuatu..niat dalam diri dan berdoa supaya Allah tetapkan hati kita..semua nya datang dan berlaku kerana izin Allah jua.Kita sebagai hambanya perlulah sentiasa memohon hanya daripadaNYA.

JADILAH SAHABAT YANG DISUKAI RAMAI

"Berkasih biar satu,berkawan biar seribu".Peribahasa ini menggambarkan kepada kita bahawa carilah kawan seramai mungkin.Dalam berkawan atau atau menjalin hubungan sosial,bukan hanya semata-mata berkawan,tetapi juga dituntut menjalin hubungan yang baik selain harus bersikap profesional.tetapi apabila bersikap sebaliknya atau tidak disenangi orang sekeliling,bagaimana?Tak guna punya ramai kawan jika tiada seorang pun yang benar2 rapat dengan kamu.Mungkin ini terjadi kerana sikap kamu sendiri.Kalau betul,sudah tiba masanya untuk kamu berubah sikap dan pastikan kamu menjadi seorang yang favourite dikalangan sahabat lain.Tips berikut harap dapat membantu anda.
1- Bersikap peramah:Bersikap peramah dalam apa jua keadaan.Hanya dengan ucapan hai,atau bertanya khabar,sudah cukup menunjukkan kamu seorang peramah.jangan malu ucapkan "terima kasih" atau "maaf" kerana ia boleh meninggalkan kesan positif dalam hubungan persahabatan.Dengan cara bersikap ramah juga,kawan2 akan merasa mereka dihargai.
2-Bermurah hati
3-Jgn terlalu ego
4-Wujudkan kepercayaan.
5-Menghargai hak peribadi
6-Wujudkan kemesraan
Amalkan tip ini insyaallah,kita akan dikasihi kawan dan sahabat.

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w.

Salam ukhuwah islamiah ......

Hujan sedang turun di luar sana.Pagi tadi sambutan m.nabi diadakan di Masjid Putra dan Masjid besi.Perarakan secara sederhana diadakan .Tahun demi tahun..malah setiap tahun kita menyambutnya.Namun apakah hanya sekadar menyambutnya sahaja??Kita berselawat Nabi beramai-ramai sebagai tanda ingatan kita kepada junjungan yang kita ikuti.Kita mengaku mahu mengikut ajaran Rasulullah serta menghayatinya tetapi sejauh mana penghayatan kita?
Ada orang berkata perarakan ini satu bid'ah.Mungkin ada kebenarannya kerana bid'ah ialah perkara yang diada-adakan sekarang,yang tidak ada pada zaman nabi.Tetapi sebarang perkara yang baik itu tidak salah kita buat kerana banyak manfaatnya serta untuk memartabatkan syiar islam itu sendiri.Ini yang dikatakan bid'ah hasanah.Siapa lagi yang diharapkan untuk menyebarkan syiar Islam,kalau bukan umat Islam sendiri....
Justeru itu sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing untuk mendokong amanah yang ditinggalkan oleh junjungan besar nabi kita Mohammad s.a.w.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain berselawat beramai-ramai.Antaranya ialah ceramah agama,kuiz,pidato,syarahan, nasyid,marhaban dan lain -lain.Apa saja bentuk aktiviti yang mencerminkan Islam....boleh dilakukan sempena memperingati Nabi kita s.a.w.

Jangan bersedih,hadapilah kenyataan.

Saudara/i yang saya kasihi:
Sekian lama saya tidak menulis.Di kesempatan ini saya ingin berbicara seperti tajuk di atas.
Sabda rasulullah s.a.w. bermaksud "Terimalah dengan penoh kerelaan dengan apa yang telah Allah s.w.t. berikan padamu,nescaya kamu menjadi manusia yang paling kaya"
Banyak dugaan yang Allah beri pada kita kan......samada dugaan ditempat kerja,rumahtangga,dlm komuniti masyarakat kita atau pada diri sendiri.
Saranan saya agar kita banyak bersabar kerana setiap ujian Tuhan itu pasti ada hikmahnya.Apa saja yang berlaku,fikirkanlah secara positif.

Kemuliaan itu bukanlah diukur dengan kegagahan dan penampilan.Hidup kekurangan bukanlah bukti bahawa kita hidup sengsara.Begitu juga kebahagiaan tidak dinilai dari banyaknya harta dan hidup dalam kemewahan.
Nilai manusia yang mulia sebenarnya adalah diukur dari kemurahan hati dan sifat terpuji,bukan baju yang dipakainya,atau kasut yang digunakannya dll.Benar......yang menjadi ukuran adalah nilai keilmuannya,kedermawannya,kesabarannya dan aqalnya.
Biasakanlah diri kita untuk menerima qada' dan qadar Allah kerana itulah tanda keimanan kita pada yang Maha Esa.
Ubat yang paling mujarab dari seluruh musibah dan cubaan adalah ucapan:Innalillahiwainna ilaihiraaji'un.
ketahuilah yg Allah itu berkuasa keatas setiap apa yg berlaku.

Solat Gerhana Bulan & Matahari






Oleh: Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul
Editor (ke Bahasa Malaysia): Abu Nashiruddin Dzul Riyhayn b. Abd Wahab

Solat khusuf (gerhana bulan) dan kusuf (gerhana matahari) merupakan sunnah mua’kkad. Disunatkan bagi orang muslim untuk mengerjakannya. Hal itu berdasarkan pada dalil berikut ini.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia bercerita bahawa pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terjadinya gerhana matahari, lalu beliau mengerjakan solat bersama para sahabah. Maka baginda berdiri dan memanjangkan waktu berdiri, lalu baginda ruku' dan memanjangkannya. Kemudian baginda berdiri dan memanjangkannya –berdiri yang kedua ini tidak selama berdiri pertama-. Setelah itu, baginda ruku' dan memanjangkan ruku', ruku'-nya ini lebih pendek dari ruku pertama. Selanjutnya, baginda sujud dan memanjangkannya. Kemudian baginda mengerjakan pada raka'at kedua seperti apa yang beliau kerjakan pada raka'at pertama. Setelah itu, baginda berbalik sedang matahari telah muncul. Lalu baginda memberikan khutbah kepada para sahabah. Baginda memanjatkan pujian dan sanjungan kepada Allah. Dan setelah itu, baginda bersabda.

Ertinya: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga karena kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdo’a kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah”. Setelah itu, beliau bersabda : “Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang yang lebih cemburu dari Allah jika hambaNya, laki-laki atau perempuan berzina. Wahai umat Muhammad, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani][1]

Dapat saya katakan, dari dalil yang terkandung dalam hadits di atas, bahawa perintah mengerjakan solat itu diikuti dengan perintah untuk bertakbir, berdo’a, dan bersedekah. Dan tidak ada seorangpun yang mewajibkan bersedekah, bertakbir dan berdo’a pada saat terjadi gerhana. Dengan demikian, menurut kesepakatan ijma’ bahawa perintah tersebut bersifat sunat. Demikian juga dengan perintah untuk mengerjakan solat yang diikuti dengannya.[2] Wallaahul Muwaffiq.

Sifat & Jumlah Raka'at Solat Kusuf

Pertama: Tidak Ada Adzan Dan Iqamah Untuk Shalat Kusuf

Para ulama' telah bersepakat untuk tidak mengumandangkan adzan dan iqomah bagi solat kusuf[3]. Dan yang disunnahkan[4] menyerukan untuknya “Ash-Shalaatu Jaami’ah”.

Yang menjadi hujah bagi hal tersebut adalah apa yang ditegaskan dari Abdullah bin Amr radhiyallahuma, dia bercerita:

“Ketika terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, diserukan: Innash Shalaata Jaami’ah.”[Diriwayatkan oleh asy-Syaikhani][5]

Kedua: Jumlah Raka’at Solat Kusuf

Solat gerhana itu dikerjakan dua raka'at dengan dua ruku’ pada setiap raka'at. Yang menjadi dalil hal tersebut adalah hadits A'isyah radhiyallahu ‘anha yang telah kami sampaikan sebelumnya. Dan juga hadits yang diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, dia bercerita:

“Pernah terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka baginda pun berdiri dengan waktu yang panjang sepanjang bacaan surah al-Baqarah. Kemudian beliau ruku' dengan ruku' yang cukup panjang, lalu baginda bangkit dan berdiri dalam waktu yang lama juga -tetapi lebih pendek dari berdiri pertama-. Kemudian baginda ruku' dengan ruku' yang lama– ruku' yang lebih pendek dari ruku' pertama-. Setelah itu, beliau sujud. Kemudian baginda berdiri dalam waktu yang lama –tetapi lebih pendek dari berdiri pertama. Selanjutnya, baginda ruku' dengan ruku' yang lama- ruku' yang lebih pendek dari ruku' pertama. Setelah itu, baginda sujud. Kemudian baginda berbalik, sedang matahari telah muncul. Maka baginda bersabda.

Ertinya: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut, maka berdzikirlah kepada Allah.”

Para sahabah bertanya: “Wahai Rasulullah, kami melihatmu mengambil sesuatu di tempat berdirimu, kemudian kami melihatmu mundur ke belakang”.

Baginda bersabda.

Ertinya: "Sesungguhnya aku melihat Syurga, maka aku berusaha mengambil setandan (buah-buahan). Seandainya aku berhasil meraihnya, nescaya kalian akan dapat memakannya selama dunia ini masih ada. Dan aku juga melihat Neraka, aku sama sekali tidak pernah melihat pemandangan yang lebih menyeramkan dari pemandangan hari ini. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.” Para sahabat bertanya, “Kerana apa, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana kekufuran mereka”. Ada yang bertanya “Apakah mereka kufur kepada Allah?”.

Baginda menjawab:

Ertinya: "Mereka kufur kepada keluarganya (suaminya), dan kufur terhadap kebaikan (tidak berterima kasih). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka sepanjang waktu, lalu dia melihat sesuatu (kesalahan) darimu, nescaya dia akan mengatakan: “Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu.” [Diriwayatkan oleh Aasy-Syaikhani][6]

Kesimpulan

Di dalam hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha dan Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma di atas terdapat dalil yang menunjukkan disunatkan berkhutbah dalam solat kusuf, yang disampaikan setelah solat.[7]

Ketiga: Menjaharkan Bacaan Dalam Shalat Kusuf

Bacaan dalam solat kusuf dibaca dengan jahr (suara keras@kuat), sebagaimana yang dikerjakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dari A'isyah radhiyallahu ‘anha:

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjaharkan bacaannya dalam solat kusuf. Jika selesai dari bacaannya, baginda pun bertakbir dan ruku'. Dan jika dia bangkit ruku', maka baginda berucap : “Sami Allaahu liman Hamidah. Rabbana lakal hamdu”. Kemudian baginda kembali mengulang bacaan dalam solat kusuf. Empat ruku' dalam dua rakaat dan empat sujud.” [Diriwayatkan oleh asy-Syaikhani][8]

at-Tirmidizi rahimahullah mengatakan: “Para ulama telah berbeza pendapat mengenai bacaan di dalam solat kusuf. Sebagian ulama berpendapat supaya dibaca perlahan (sirr, dengan suara tidak terdengar) dalam solat kusuf pada waktu siang hari. Sebagian lainnya berpendapat supaya menjaharkan bacaan dalam solat kusuf pada siang hari. Sebagaimana halnya dengan solat ‘Idul Fithi dan 'Idul Adha serta solat Jum’at. Pendapat itulah yang dikemukakan oleh Malik, Ahmad dan Ishaq. Mereka berpendapat menjaharkan bacaan pada shalat tersebut. Asy-Syafi’i mengatakan : Bacaan tidak dibaca Jahr dalam solat sunat."[9]

Dengan ini saya katakan bahawa apa yang sesuai dengan hadits, itulah yang dijadikan sandaran.[10] Wabillahi Taufiq.

Keempat : Solat Kusuf Dikerjakan Berjama'ah Di Masjid.

Yang sunat dikerjakan pada solat kusuf adalah mengerjakannya di masjid. Hal tersebut didasarkan pada beberapa hal berikut ini.

[1] Disyariatkannya seruan di dalam solat kusuf, iaitu dengan “Ash-Shalaatu Jaami’ah”
[2] Apa yang disebutkan bahawa sebahagian sahabah mengerjakan solat kusuf ini dengan berjama’ah di masjid.[11]
[3] Isyarat yang diberikan oleh kedua riwayat di atas dari hadits Ai'syah dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat gerhana itu secara berjama’ah di masjid. Bahkan dalam sebuah riwayat hadits A'isyah di atas, dia bercerita,

“Pada masa hidup Rasulullah pernah terjadi gerhana matahari, lalu beliau pergi ke masjid, kemudian baginda berdiri dan bertakbir, dan orang-orang pun membuat barisan di belakang beliau." [12]

Kelima: Jika Seseorang Tertinggal Mengerjakan Satu dari Dua Ruku' Dalam Satu Raka’at.

Solat kusuf ini terdiri dari dua raka'at, masing-masing raka'at terdiri dari dua ruku' dan dua sujud. Dengan demikian, secara keseluruhan, solat kusuf ini terdiri dari empat ruku' dan empat sujud di dalam dua raka'at.

Barangsiapa mendapatkan ruku' kedua dari raka'at pertama, berarti dia telah kehilangan berdiri, bacaan, dan satu ruku'. Dan berdasarkan hal tersebut, bererti dia belum mengerjakan satu dari dua raka'at solat kusuf, sehingga raka'at tersebut tidak dianggap telah dikerjakan. Berdasarkan hal tersebut, setelah imam selesai mengucapkan salam, maka hendaklah dia mengerjakan satu rakaat lagi dengan dua ruku', sebagaimana yang ditegaskan di dalam hadits-hadits shahih. Wallahu a’lam.

Yang menjadi dalil baginya adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ertinya: "Barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang bukan atas perintah kami, maka dia akan ditolak.” [Muttaffaq ‘alaihi][13]

Dan bukan dari perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, solat satu raka'at saja dari solat kusuf dengan satu ruku'. Wallahu ‘alam

Solat Gerhana Bulan Sama (Caranya) Dengan Solat Gerhana Matahari

Solat gerhana bulan dikerjakan sama seperti solat gerhana matahari. Hal tersebut didasarkan pada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ertinya: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdo’a kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah”.[14]

Dapat saya katakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah pernah mengerjakan solat gerhana matahari dan beliau menyuruh kita untuk melakukan hal yang sama ketika terjadi gerhana bulan. Dan hal itu sudah sangat jelas lagi terang. Wallahu ‘alam

Ibnu Mundzir mengatakan: “Solat gerhana bulan dikerjakan sama seperti solat gerhana matahari.”[15]

[Disalin dari kitab Bughyatul Mutathawwi Fii Shalaatit Tathawwu, Edisi Indonesia Meneladani Shalat-Shalat Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Penulis Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi’i]

_________
Fote Note

[1] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Ash-Shadaqah fil Kusuuf (hadits no. 1044). Dan redaksi di atas adalah miliknya. Dan juga Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatul Kusuuf (hadits no. 901).
[2] Lihat sekitar Dalalaatul Itqiraan, bila waktu muncul, bila muncul kelemahannya, dan bila pula keduanya sama. Badaa’iul Fawaa’id (IV/183-184) [3] Fathul Baari (II/533) dan Masuu’atul Ijmaa (I/696)
[4]. Syarhul Umdah, karya Ibnu Daqiqil Ied (II/135-136). Dan juga kitab Fathul Baari (II/533).
[5]. Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di beberapa tempat, yang di antaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab An-Nidaa bish Shalaati Jaami’ah fil Kusuuf (hadits no. 1045). Dan lafaz di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Dzikrun Nidaa bi Shalaatil Kusuuf : Ash-Shalaatu Jaami’ah, (hadits no. 910). Lihat Jaami’ul Ushuul (VI/178).
[6] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatil Kusuuf Jama’atan, (hadits no. 1052), dan lafazh di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Maa ‘Aradha Alan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam fii Shalaatil Kusuuf min Amril Jannah wan Naar, (hadits no. 907). Dan lihat kitab. Jaami’ul Ushuul (VI/173).
[7] Dan termasuk terjemahan al-Bukhari di dalam (Kitaabul Kusuuf, bab Khuthbatul Imam fil Kusuuf), A'isyah dan Asma radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkhutbah…” Selanjutnya, dia menyebut hadits A'isyah di atas, Fathul Baari (II/533-534).
[8] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di beberapa tempat, di antaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Al-Jahr bil Qiraa’ah fil Kusuuf, (hadits no. 1065) dan lafaz di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatul Kusuuf, (hadits no. 901). Lihat Jaami’ul Ushuul (VI/156). Takhrij hadits ini telah diberikan sebelumnya, tanpa memberi isyarat kepada riwayat ini.
[9] Sunan at-Tirmidzi (II/448 –tahqiq Ahmad Syakir).
[10] Lihat ungkapan asy-Syafi’i dan dalilnya di dalam kitab Al-Umm (I/243). Juga pembahasan dalil-dalilnya serta penolakan terhadapnya di dalam kitab, Fathul Baari (II/550).
[11] Dari terjemahan al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, bab Shalaatul Kusuuf Jamaa’atan. Dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu menjadi imam untuk solat mereka di pelataran zam-zam. Ali bin Abdullah bin Abbas mengumpulkan (orang-orang). Dan Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma pun solat …”. Kemudian dengan sanadnya dia menyebut hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma terdahulu.

Pendapat yang mensyari'atkan solat kusuf dengan berjama’ah adalah pendapat jumhur. Sekalipun imam tetap tidak hadir, maka sebagian mereka boleh menjadi imam atas sebagian lainnya. Lihat kitab Fathul Baari (II/539-540).
[12] Dari terjemah al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, bab: Shalatul Kusuuf fil Masjid. Di dalamnya disebutkan hadits A'isyah radhiyallahu ‘anha di atas dengan riwayat yang di dalamnya terdapat ucapannya: “Kemudian pada suatu pagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menaiki kendaraan, lalu terjadilah gerhana matahari. Kemudian beliau pulang kembali pada waktu Dhuha, maka beliau pun berjalan di antara rumah-rumah isteri beliau….: (hadits no. 1056).

Di dalam kitab Fathul Baari (II/544), ketika mengomentari hadits ini, Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan: “Tidak ada pernyataan jelas yang menyebutkan bahwa solat kusuf ini dikerjakan di masjid, tetapi hal tersebut disimpulkan dari perkataan A'isyah : “Lalu beliau berjalan di dekat rumah-rumah para isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memang bersebelahan dengan masjid. Dan solat kusuf di masjid ini telah dinyatakan secara terang dalam sebuah riwayat Sulaiman bin Bilal, dari Yahya bin Sa’id, dari Umrah yang ada pada Muslim (saya katakan: “Hadits no. 903)

Dan lafaznya adalah seperti berikut: ”Kemudian aku keluar di antara para wanita di depan rumah isteri-isteri Nabi di masjid. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dan turun dari binatang tunggangannya hingga akhirnya sampai ke tempat shalat yang beliau mengerjakan shalat di sana”.

Saya katakan, dan yang lebih jelas dari itu adalah apa yang terdapat dalam hadits A'isyah terdahulu, yang ada pada Muslim, pada no. 901 A'isyah radhiyallahu ‘anha berkata:

“Pada masa hidup Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah terjadi gerhana matahari, lalu beliau pergi ke masjid, kemudian beliau berdiri dan bertakbir, dan orang-orang pun membuat barisan di belakang beliau...”
[13] Hadits shahih. Diriwayatlkan oleh al-Bukhari sebagai kata pembuka dengan lafaz ini di dalam Kitaabul Buyuu’, bab An-Najasy, Fathul Baari (IV/355). Dan diriwayatkan secara bersambungan di dalam Kitabush Shulh, bab Idzaa Ishtalahu ‘alaa Shulhi Juurin fa Shulhu Marduud, dengan lafaz: “Barangsiapa membuat suatu hal yang baru dalam perintah kami ini, yang bukan darinya, maka dia tertolak”. Dan diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Uqdhiyah, bab Naqdhul Ahkaam Al-Baathilah wa Raddu Muhdatsaatil Umuur, (hadits no. 1718). Dan lihat juga kitab, Jaami’ul Ushuul (I/289).
[14] Takhrijnya sudah diberikan sebelumnya, dimana ia merupakan bahagian dari hadits A'isyah mengenai solat kusuf yang disebutkan di awal pembahasan.
[15] Al-Iqnaa, karya Ibnul Mundzir (I/124-125)

Persediaan diri dalam bekerja

Jam menunjukkan pukul 8.50 am.Aku terpanggil untuk menulis lagi kerana waktu ini di Putrajaya sunyi dan damai sekali.Macam-macam di kotak fikiran ketika ini.Tapi kali ini aku ingin membicarakan apa tindakan yang perlu kita buat sebagai persediaan kita untuk bekerja.
Pertamanya,pasang niat yang betul...ikhlas kerana Allah tanpa ada rasa terpaksa....
Then kita merancang apa yang kita nak buat.buat perancangan strategik..
Pastikan perancangan kita dilaksanakan...
Jika perlu team work,maka buatlah ....kerana amal secara jamaie itu lebih baik natijahnya.
Kita selalunya banyak merancang itu dan ini,tapi x jalan.... kenape err....
Ya,mungkin kita jenis manusia yang hangat2 tahi ayam.
Apakata,pada tahun baru hijrah ini ,kita bina azam baru...berusaha sedaya upaya melaksanakan setiap apa yang kita rancang untuk meningkatkan qualiti kerja dan hasilnya dapat dimanfaatkan bersama oleh orang lain.
Sebagai contoh seorang guru, persiapan diri,minda,fizikal,tenaga dan masa amat diperlukan.Pengorbanan itu sgt dituntut apalagi sebagai warga pendidik.Mereka ini ibarat Mc Giver,semua kerja boleh buat....sebab itu tugas pendidik sgt mulia.jadi buktikanlah .....pendidik ini mulia disisi Tuhan dan disisi manusia.....maka jadilah pekerja yang patuh pada arahan ketua,ada misi dan visi.pekerja yang ada ummm.....Moga anda semua menjadi orang yang cemerlang,gemilang dan terbilang.