Kecemerlangan mula dari hati

Semua orang punya cita-cita tersendiri.Pada saya,nak mencapai cita-cita tersebut,mesti ada impian terlebih dahulu.Jadi binalah impian,apa saja yang kita mahukan.Dari impian itu,kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk merialisasikannya.


Sebagai contoh,apa saja cita-cita anda,mesti datangnya dari hati nurani.Binalah kecemerlangan diri anda bermula dari hati yang iklas lillahitaala.Tuhan menilai kita pada apa yang kita buat dari niat ikhlas kita. Setiap perbuatan akan dinilai walau sebesar zarah sekalipun. Baik buruk pasti akan mendapat balasan yang setimpal.Tidak di dunia,di akhirat sana..

Apabila hati ikhlas,insyaAllah semua menjadi. Untuk itu,bila kita dah niat dalam diri,kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya dan jangan lupa untuk bertawakal padaNYA sesudah itu. Sama juga kalau kita inginkan sesuatu..niat dalam diri dan berdoa supaya Allah tetapkan hati kita..semua nya datang dan berlaku kerana izin Allah jua.Kita sebagai hambanya perlulah sentiasa memohon hanya daripadaNYA.

0 Response to "Kecemerlangan mula dari hati"

Post a Comment